Red smooth Live

Bonjour!

Welcome Assalamualaikum speaking here is Nurul Shakira Do follow and i follow you back Be nice here



Tagboard!




Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Your name
Other: WeHeartIt Photobucket
Ya Allah :'(

Assalammualaikum , cantik nya kaabah tu kan ? Subhanallah :'( Teringinnya kiera nak pergi dengan ibu kiera . Tetapi kiera belum cukup istiqomah , iman pun tak cukup dalam :'( tapi kiera nak sangat jadi wanita solehah . Kiera dalam percubaan untuk menjadi wanita solehah , doakan kiera . Untuk Berubah Ke Jalan Yang Benar Memang Mudah , Tetapi Untuk Istiqomah Susah . Kenapa susah nak istiqomah ? Susah kerana kita hidup di dunia yang penuh dengan godaan ini , contohnya macam .. Bila kita dah bertudung , then kita tengok kawan kita tu cantik pula buat rambut curl , kita pun terikut dengan cara dia untuk buat rambut curl . Macam tu juga dengan kiera , kiera mudah patah semangat . Kiera perlukan sokongan untuk terus berjihad dan berada di jalan Allah S.W.T. Kiera tak nak kata diri kiera ni baik , sebab kiera pernah buat dosa . Tapi alhamdulillah setakat ini kiera mampu bertahan , tetap dengan pendirian kiera yang tak nak free hair dah . Tetapi dosa-dosa yang kecil , kiera masih buat macam mencarut . Tak tahu macam mana nak elakkan :( Kiera memang selalu post/tweet pasal agama islam , kiera takut juga orang kata kiera ni BAJET ALIM , tapi nak buat macam mana dah kiera suka nak buat macam tu .

Bila terfikirkan pasal syurga dan balasan di akhirat kelak , automatik jadi takut . Takut mendapat azab dan takut dimasukkan ke dalam neraka .Pernah sekali tu , kiera rasa macam ajal dah dekat je , tak tahu kenapa . Rasa nak menangis aje masa tu , dah menangis dah pun . Masa menangis tu pun sempat lagi buka youtube , kiera tengok pasal sorang akak ni , dia cerita pasal dia bermimpi Rasulullah , Ya Allah , menangis lagi :'( sumpah cerita akak tu boleh buat kita tersedar . Dengan cara akak tu cerita pasal dia semua , seolah-olah dia bagi semangat dekat kiera untuk kiera terus mendekati Allah . Bila kiera ingat-ingat balik dosa yang pernah kiera lakukan , subhanallah .. memang banyak dosa yang telah kiera buat . Rasa menyesal sangat :( Ya Rabb

Tapi makcik kiera kata , kiera beruntung sangat sebab dapat hidayah Allah masa muda . Kiera pun terfikir macam tu , terima kasih yang teramat sangat dekat someone ni . Sebab cinta kiera dekat dia , kiera mampu jadi macam ni . Dia lah banyak bagi dorongan,semangat,doa dan ajaran supaya kiera berjihad di jalan Allah .  Ya Allah , kau berilah perlindungan kepada dia . Panjangkan umur dia . Sihat kan tubuh badan dia . Permudahkan segala urusannya . Murahkan rezekinya . Dan jangan kau bolak-balikkan hatinya untuk terus  berada di jalan mu Ya Allah .

Ya Allah , kau berilah perlindungan kepada kedua ibubapaku,adik-beradikku,saudaraku,sahabatku serta guru-guruku . Panjangkan lah umur mereka , sihatkan lah tubuh badan mereka , permudahkan lah segala urusan mereka dan jauhkanlah mereka dari azab api neraka . Jadikanlah aku seorang wanita yang solehah ya Allah :)

* okay , kiera harap sangat ibu dapat tender catering bulan 6 ni . Ibu dah berhajat nak pergi umrah , nak bawa aku . Permudahkanlah hajat ibuku ya Allah .



Older Post